Siri PLATINUMClass Professional: Strategi dan Pengurusan Politik Moden
Siri online ini berkaitan penjenamaan, pemasaran dan naratif kempen politik. Bagaimana naratif dibina, diserang, dan dipertahankan dalam ekosistem media hari ini?
Program ini merupakan sebahagian daripada PLATINUMClass Professional, satu-satunya program latihan politik profesional di Malaysia yang berasaskan penyelidikan, merangkumi komunikasi politik strategik, teknologi kempen, serta penglibatan pihak berkepentingan secara praktikal.
Apa yang akan anda pelajari dalam sesi ini:
🔹 Menguasai Naratif — Penjenamaan Politik, Persepsi Awam dan Perang Media
Memahami bagaimana naratif politik dibina dari awal; elemen, struktur dan mesej teras
Penjenamaan politik: membentuk identiti calon dan parti yang kuat dan konsisten
Mengurus persepsi awam; strategi mempengaruhi cara orang ramai membaca dan mentafsir peristiwa
Perang media: teknik menyerang, membalas, dan mempertahankan naratif dalam persekitaran media digital hari ini
Menghadapi krisis naratif; bila naratif diserang, apa yang perlu dilakukan dan bagaimana caranya
Fasilitator:
Haji Ahmad Ikram Abdullah Jurulatih dan fasilitator berpengalaman, pakar dalam hubungan kerajaan, komunikasi strategik dan penglibatan pihak berkepentingan dalam persekitaran politik Malaysia. Pernah berkhidmat bersama The Asia Foundation, ExxonMobil, SME Bank, Kerajaan Negeri Terengganu, dan ISIS Malaysia.
Platform: Zoom (Online) Tarikh: Sabtu, 16 Mei 2026 Masa: 10:00 AM – 1:00 PM Tempat: Terhad