Platinumclass: Menguasai Naratif - Penjenamaan Politik, Persepsi Awam dan Perang Media
Platinumclass: Menguasai Naratif - Penjenamaan Politik, Persepsi Awam dan Perang Media
Siri PLATINUMClass Professional: Strategi dan Pengurusan Politik Moden
Siri online ini berkaitan penjenamaan, pemasaran dan naratif kempen politik. Bagaimana naratif dibina, diserang, dan dipertahankan dalam ekosistem media hari ini?
Program ini merupakan sebahagian daripada PLATINUMClass Professional, satu-satunya program latihan politik profesional di Malaysia yang berasaskan penyelidikan, merangkumi komunikasi politik strategik, teknologi kempen, serta penglibatan pihak berkepentingan secara praktikal.
Apa yang akan anda pelajari dalam sesi ini:
🔹 Menguasai Naratif — Penjenamaan Politik, Persepsi Awam dan Perang Media
- Memahami bagaimana naratif politik dibina dari awal; elemen, struktur dan mesej teras
- Penjenamaan politik: membentuk identiti calon dan parti yang kuat dan konsisten
- Mengurus persepsi awam; strategi mempengaruhi cara orang ramai membaca dan mentafsir peristiwa
- Perang media: teknik menyerang, membalas, dan mempertahankan naratif dalam persekitaran media digital hari ini
- Menghadapi krisis naratif; bila naratif diserang, apa yang perlu dilakukan dan bagaimana caranya
Fasilitator:
Haji Ahmad Ikram Abdullah Jurulatih dan fasilitator berpengalaman, pakar dalam hubungan kerajaan, komunikasi strategik dan penglibatan pihak berkepentingan dalam persekitaran politik Malaysia. Pernah berkhidmat bersama The Asia Foundation, ExxonMobil, SME Bank, Kerajaan Negeri Terengganu, dan ISIS Malaysia.
Platform: Zoom (Online) Tarikh: Sabtu, 16 Mei 2026 Masa: 10:00 AM – 1:00 PM Tempat: Terhad
Registration Closed
Start Date & Time
Saturday, May 16, 2026
10:00 AM
End Date & Time
Saturday, May 16, 2026
1:00 PM
Online Event
Link will be provided after registration